
Semalaman,
saya telah pergi ke Kolam air simpanan di Macrichie,
bersama rakan-rakan Melayu saya serta cikgu Muslim.
Kami bertolak dari bas pertukaran di Bukit Batok pada pukul 730 pagi.
Saya berasa sangat ghairah
pada ketika itu.
Bertabah ghairah pula apabila
saya melihat wajah rakan-rakan saya.
~
Tiba di Macrichie,
semua orang kelihatan segar
dan ada pula yang lemah.
Pada ketika itu,
saya berasa malas tetapi saya cuba menguatkan semangat.
Saya ingatkan perjalanan tidak jauh
tetapi pendapat saya itu salah!
Perjalanan sungguh jauh tetapi
saya tidak rasa sangat
kerana saya sibuk berbual mesra dan ketawa sekuat hati
bersama kawan saya yang
dikatakan 'gila-gila' itu.
~Pada perhentian pertama,saya sangat lega kerana
dapat duduk dan berehat sebentar.
Kami diarahkan untuk membuat activiti ringkas iaitu
mencatatkan pandangan mengenai sajak
dan
juga perkara yang telah kami lihat
sepanjang perjalanan di dalam hutan kecil itu.
Selain itu,
dapat juga saya menjamah makanan yang telah
saya membekalkan untuk pada hari itu :)
Tau tak?
Pada ketika inilah,
saya terlihat ular yang berbadan nipis dan warnanya
agak menarik untuk saya.
Suhastri lah yang memberitahu saya
terdahulu tentang bunyian yang dia katakan aneh itu.
Dia menyuruh saya mendengar juga.
Pada kali pertama,saya ingatkan bunyi burung tetapi
apabila dengar dengan teliti,
saya terdengar bunyi seperti "issssss"
iaitu bunyi ular!!!
Saya pun menoleh ke belakang
dan terlihat ada sesuatu yang sedang berjalan.
Saya terlihat seperti cicak besar sedang berjalan.
Saya pun memberitahu semua orang lalu saya mendapati bahawa itu adalah ular
kerana badannya kelihatan berpanjangan.
Saya memekik lalu mengambil beg saya
dan tukar tempat duduk saya.
Semua rakan serta cikgu bangun dari tempat masing-masing lalu sibuk ingin melihat binatang itu.
"Kecoh rabak" dibuat mereka.
~
Selepas itu,
kami pun berjalan untuk bersambung perjalanan kami.
Perjalanan ketika itu pun masih jauh lagi.
Dalam perjalanan itu,
saya dan rakan juga terlihat
banyak benda yang tidak selalu dilihat di sekitar perumahan
seperti semut yang berbadan besar,
tupai yang comel sedang memungut kacang,
biawak dan juga kura-kura.
~
Tempat perhentian kedua ialah 'jelentung tower".
Tempat ini paling saya "GEMARI"
kerana ia sungguh tinggi.
OK lah saya mengaku bahawa saya takut SEDIKIT
atas ketinggian tetapi saya telahpun berjaya juga menaiki tangga itu
jadi itu bermakna saya tidak takut kan kan kan! heh.
Di sana lah activiti seterusnya dilancarkan.
Kita diarahkan untuk lengkapkan ruangan kosong dengan perkataan sesuai
dan
kedua ialah membei unsur perorangan untuk unsur alam seperti dedalu,
embun pagi dan banyak lagi.
Di sana juga kita berehat seketika
dan juga mengalas perut .
Selepas itu,
kita semua bersambung perjalanan .
Perhentian selepas itu ialah di tengah sungai dan tempat permainan golf.
Di sana kita membuat sajak/puisi pendek
menggunakan benda-benda yang telah disuruh pungut semasa berjalan di dalam hutan tersebut.
Salah satu sajak yang telah saya tuliskan ialah tentang Bunga Pokok Bakar.
"KAU MENGHIASI PEPOHON,
PEPOHON YANG TIADA TARIKAN .
WALAUPUN DIRIMU TIADA HARUM,
KEMUNCULANMU TETAP MEWARNAI DEDAUNAN
YANG AGAK MEMBOSANKAN.
KEHADIRANMU SEPERTI PELANGI .
KETENANGAN LANTAS....
MENGELUBUNGI HATIKU."
~
Seterusnya,kita pun berkongsi sesama sendiri dan setelah selesai,kita pun mengangkat kaki dan sambung perjalan kami yang akan mengakhiri.
Perjalanan seterusnya sungguh berpanjangan.
Saya berasa sungguh letih .
Tetapi terpaksa berjalan.
Apabila berjalan,
saya dan teman sebelah
tidak larat
untuk bercakap kerana berasa
sangat penat
tetapi
apabila sudah terlihat bangunan rumah,
yang bermakna
kita akan menamatkan perjalanan kita itu,
kita berasa sungguh lega
dan mula berasa segar kembali.
Apabila tiba di sebuah kedai, semua kelihatan
haus dan kelang kabut
membeli air.
Dan persembahan selepas itu
juga menarik.
Untuk keseluruhan,
Saya berasa letih tapi berbaloi
kerana dapat mempelajari
sebanyak sedikit tentang
puisi/sajak.
~