Monday, August 20, 2007

Hari Sabtu, 18/8/07 ,
saya telah pergi ke Mellinia Institute
bersama-sama kawan kelas bahasa melayu .
Kami ke sana untuk menonton persembahan yang dilakonkan
oleh pelajar-pelajar yang datang dari sekolah itu.
Saya amat berpuas hati selepas menonton persembahan tersebut kerana ia sungguh mengelikan hati saya dengan gelagat pelakon-pelakon tersebut.
Dengan itu,saya telah memberi 5 bintang kepada mereka!
Selepas itu, saya telah berjumpa dengan kawan-kawan sekolah rendah saya.
Sungguh lama tidak bertemu bersama mereka!
Sungguh riang hati saya apabila melihat wajah-wajah mereka itu .
Kami bersembang dan duduk berehat di daerah Explanade.
Kelihatan sungguh ramai orang di sana pada ketika itu.
Ia kerana ada acara bunga api pada malam itu.
Kami semua berasa sungguh ghairah menantikan saat itu.

No comments: