Thursday, June 14, 2007

Malay puisi

Puisi tentang keindahan alam sekitar.


Sebatang pohon yang berdiri tegak.
Mempunyai dedaunan lebat.
Kehijauan dedaunan
yang menyenangkan jiwa.


Burung pula,
hinggap di bingkai pohon.
Sambil menyanyikan lagu
yang merdu.
Lagu yang didendangkan
telah memecahkan keheningan pagi.


Tupai,ular dan biawak pula
menjadi kawan setia burung.
Selalu menemani diantara satu sama lain
didalam hutan yang sepi.


Hutan,
keperluanmu banyak.
Tanpamu,
diri yang bernyawa
tiada pernafasan.


Melihat keadaanmu
yang aman dan sentosa.
hatiku dan jiwa
berasa bagai hidup tanpa masalah.


Aku tenang.

1 comment:

Haiqal said...

puisi anda banyak menggunakan sekitaran alam dan ia adalah satu puisi yang sangat bagus kerana anda dan teman anda dapat mencipta satu puisi yang cukup luas maknanya.

((: